Komuniti Lain-Lain Terkini

Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2023 kini kembali


SETELAH tiga tahun agak menyepi dan tidak dapat dianjurkan seperti kebiasaan ekoran pandemik Covid-19, acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2023 kini kembali menemui peserta pada tahun ini.

Acara Duo Highway Challenge ini melibatkan dua larian iaitu Besraya Highway Challenge yang akan berlangsung pada 21 Mei serta NPE Highway Challenge pada 9 Julai di mana peserta boleh membuat pilihan sama ada menyertai salah satu larian atau kedua-duanya sekali.

Sejak dianjurkan pada 2017, IJM Allianz Duo Highway Challenge sentiasa mendapat sambutan hangat apabila jumlah penyertaan sentiasa meningkat sepanjang tahun sehingga 2019.

Untuk penganjuran kali ini, kira-kira 15,000 jumlah peserta dijangka untuk menyertai keduadua larian dengan membabitkan 15 peratus peserta dari luar negara dan 85 peratus peserta tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, pihaknya sangat berbesar hati untuk mengumumkan penganjuran IJM Allianz Duo Highway

“Challenge 2023 kini kembali. Ini membuktikan komitmen jangka panjang kami untuk terus menyumbang secara positif kepada sukan dan masyarakat.

“Kami juga berbangga melihat acara ini berkembang dengan baik dan berharap Duo Highway Challenge akan menjadi acara larian yang dinanti-nantikan di dalam kalendar tahunan setiap peserta larian.

“Keselamatan para peserta sentiasa menjadi keutamaan kami agar mereka dapat berlari dengan selamat di samping menikmati pemandangan indah” katanya pada sidang media larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2023.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, sebagai penaja bersama, Allianz Malaysia sekali lagi berbangga untuk berkerjasama dengan IJM Corporation Berhad dalam menganjurkan IJM Allianz Duo Highway Challenge.

“Kami berasa gembira apabila acara seumpama ini dianjurkan semula selepas pandemik,  acara ini diharap  mampu menarik minat penggemar acara larian dalam memupuk semangat berdaya saing dan pada masa yang sama, memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk kembali aktif dan mengambil bahagian serta menyahut cabaran yang unik ini demi kesihatan dan kesejahteraan mereka.

“Objektif dan tujuan IJM serta Allianz adalah untuk memberikan semula sumbangan kepada masyarakat dengan menyokong gaya hidup sihat,” jelasnya.

Untuk Besraya Highway Challenge, dua kategori ditawarkan iaitu Terbuka 6km serta Cabaran Larian 13km yang membabitkan peserta mengikut kategori umur tertentu dengan tema ‘Conquer The Highway’.

Manakala, NPE Highway Challenge pula yang bertemakan ‘King Of The Highway’ menawarkan tiga kategori iaitu Fun Run 5km, 10km serta Cabaran Larian 21km yang mengikut peringkat umur tertentu.

IJM Allianz Duo Highway Challenge adalah penganjuran larian kali pertama di dunia membabitkan dua lebuhraya utama di Malaysia. Kedua-dua lebuhraya yang diuruskan oleh IJM itu akan ditutup sepenuhnya sepanjang penganjuran larian berkenaan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: