Bola Sepak Terkini

Tok Gajah pulang dengan senyuman


SRI Pahang FC memastikan aksi sulung Liga Super musim 2023 ditempat lawan menentang Negeri Sembilan FC bermula dengan senyuman selepas berjaya mengikat keputusan 1-1.

Keputusan ini membolehkan skuad bimbingan Fandi Ahmad membawa pulang satu mata ke Kuantan selain dilihat suntikan semangat buat pemainnya.

Pada aksi di Stadium Paroi itu, tuan rumah terlebih dahulu mengegarkan gawang pelawat yang diakwal bekas pemain JDT, Izham Tarmizi menerusi jarigan, Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-20.

Kpah Sherman hampir menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-45 selepas menerima hantaran dari bahagian tepi bagaimanapun berjaya ditepis penjaga gol NSFC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Kelebihan dimiliki tuan rumah bagaimanapun terhapus  selepas pelawat menyamakan kedudukan hasil penyudahan, Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol penyamaan pada awal babak kedua.

Kedua-dua pasukan dilihat berusaha untuk menambah jaringan namun gagal menemui sasaran apabila perlawanan berkesudahan seri 1-1 sehingga tamat permainan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: