Bola Sepak

Kedah tiada masalah jinakkan skuad muda Perak 1-4


Lee Tuck menjaringkan gol pertama bersama Kedah bagi musim 2023. FOTO KDA FC

Kedah Darul Aman (KDA) FC tidak mempunyai masalah mengatasi skuad muda Perak FC dengan keputusan 1-4 pada aksi pertama Liga Super 2023 Di Stadium Perak pada malam Sabtu.

Tuan rumah berjaya mengejutkan Sang Kenari seawal minit ke-3 menerusi jaringan Ikhwan Hafizo untuk meletakkan pasukan itu di hadapan 1-0.

Namun 14 minit kemudian, Lee Tuck membantu KDA FC mengikat Perak bagi kedudukan 1-1.

Pada minit ke-34, The Bos Gaurus beraksi dengan 10 pemain apabila Haziq Puad diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan selepas menerima kad merah (dua kad kuning).

Pesta jaringan Sang Kenari bermula melalui penalti pada minit ke-66 yang meletakkan pelawat 2-1 di hadapan dan disempurnakan oleh Willian Lira selepas Manuel Ott dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Pada minit ke-77, Perak FC terus dilanda malang apabila terpaksa beraksi dengan sembilan pemain kerana Sunday Afolabi menjadi pemain kedua Perak FC yang menerima kad merah kerana mengasari pemain KDA FC, Hidalgo.

Kekurangan pemain tuan rumah dimanfaatkan oleh Sang Kenari untuk terus memburu gol dan berjaya melakukannya pada minit ke-84 menerusiAriff Farhan yang melepaskan rembatan kencang dan terus mencetak nama selaku penjaring gol ketiga KDA FC untuk kedudukan 1-3.

Balotelli yang dimasukkan pada penghujung perlawanan turut mencatatkan nama selaku penjaring gol Dan melakukannya pada minit ke-93 apabila berjaya memperdayakan seorang pertahanan Perak 4-1 untuk keputusan penuh 1-4.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: