
AEON BiG (M) Sdn Bhd (MY AEON BiG) telah mengumumkan perjanjian dengan Malaysian Football League (MFL) sebagai penaja eksklusif Hypermarket untuk musim 2023.
Kerjasama ini telah menyatukan sebuah hypermarket terkemuka di Malaysia dan sukan yang paling popular di negara ini, bersama MFL yang mengendalikan Liga Malaysia seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Penglibatan AEON BiG di dalam bidang sukan ini bertujuan untuk mempromosikan sukan tempatan dan membina hubungan yang lebih kukuh di dalam komuniti.
Melalui falsafah untuk menawarkan “pilihan besar dengan nilai yang hebat” kepada pelanggan, penajaan ini adalah salah satu bukti usaha berterusan AEON BiG untuk menyokong aktiviti sukan di Malaysia sambil menyediakan tawaran baru dalam hypermarketnya melalui kerjasama dengan rakan kongsi seperti MFL.
Majlis pengumuman telah diadakan di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG dan Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.
Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah MFL, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, Mohd Joehari Ayub dan Datuk Marzuki Sulong, serta Stuart Ramalingam, CEO MFL.
Add Comment