KETUA jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, E. Elavarasan meletakkan sasaran layak ke perlawanan akhir temasya Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung di Kemboja pada bulan Mei ini.
Tegasnya, ketika ini pasukan memberikan fokus kepada menghadapi Sukan SEA dan dilaksanakan pada setiap bulan dimana fasa pertama bermula pada November tahun lalu.
“Fasa latihan pertama mengambil masa selama sembilan hari, fasa kedua juga baharu sahaja berakhir sehari lepas ia diadakan pada 14 hingga 19 Februari.”
“Jadi pada kedua-dua fasa, kami telah mengadakan masing-masing satu perlawanan persahabatan dengan dua set pemain yang berbeza,”
“Ini merupakan skuad baharu kerana kami tidak memanggil barisan pemain utama yang bermain dalam saingan Liga Super [merujuk kepada Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal dan beberapa pemain lagi],” katanya.
Tambahnya lagi, pada Sukan SEA lalu skuad B23 layak sehingga ke separuh akhir dan menamatkan kejohanan dikedudukan keempat.
“Jadi sudah tentu dengan pemain dan barisan kejurulatihan baharu jadi harapannya lebih tinggi dan kami kami melakukan yang lebih baik daripada tahun lalu.”
“Jadi, saya merasakan layak ke perlawanan akhir adalah sangat penting bagi kami. Pemain dan jurulatih juga sangat bermotivasi untuk mencapainya,” tegasnya.
Pada saingan tahun lalu di Vietnam, Malaysia Malaysia tunduk kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti dalam perebutan pingat gangsa.
Difahamkan, peraturan pertandingan bola sepak Sukan SEA 2023 telah menggunakan format umur iaitu bawah 22 tahun sahaja dibenarkan bermain termasuk dua kuota pemain lebih umur dalam kejohanan serantau tersebut.
Add Comment