Bola Sepak

Sukar anjurkan Piala AFF dalam kalendar FIFA – Hamidin


Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut hadir pada majlis kesyukuran di Wisma FAM, hari ini.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) melihat cadangan untuk perlawanan Piala AFF berlangsung dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sukar direalisasikan.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan tempoh saingan Piala AFF yang panjang menyebabkan sukar mendapat ruang buat ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ berlangsung dalam kalendar FIFA.

“Kesan Piala AFF dalam kalendar FIFA bukan terlalu spesifik kerana terdapat cara lain adalah meminta badan induk itu supaya memanjangkan lagi tempoh kalendar.

“Kalendar FIFA bukan hanya membabitkan negara ASEAN dan Malaysia saja, tapi juga kepada ahli lain. Kita kena ingat akan datang ada perlawanan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia pada Oktober.

“Selain itu, kalendar FIFA bukan hanya digunakan untuk perlawanan persahabatan namun turut juga beri peluang kepada pasukan untuk mengadakan sesi latihan,” katanya pada majlis kesyukuran selepas dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA 2023-2027, di Wisma FAM, hari ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: