Bola Sepak

Kelab Iceland tidak sabar lihat Luqman beraksi


Luqman Hakim bakal beraksi bersama UMF Njardvik sehingga tamat musim 2023.

Pasukan Liga kedua Iceland, UMF Njardvik sah menjadi destinasi baharu penyerang negara, Luqman Hakim apabila dia dipinjamkan dari kelab Belgium,KV Kortrijk.


Kelab tersebut kini menghuni tangga teratas liga dengan 18 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan dengan 55 mata selepas 22 perlawanan mengumumkan kehadiran Luqman menerusi laman sosial Instagramnya.


“Njardvík mencapai kata sepakat dengan KV Kortrijk untuk meminjam Luqman Hakim selama semusim sepanjang 2023.


“Luqman yang berasal dari Malaysia, adalah pemain di bahagian serangan dengan jumlah dua penampilan bersama Malaysia dan banyak penampilan bersama skuad junior.


“Pemain berusia 20 tahun itu termasuk dalam senarai 60 pemain muda berpotensi pada 2019. Dia menyertai Kortrijk pada 2020 dan membuat dua penampilan dalam Liga Belgium. Selain itu, dia juga beraksi bersama skuad B-21 Tahun kelab.


“Luqman tiba di negara ini dan kami tidak sabar untuk melihat dia beraksi dengan memakai jersi pasukan,” kata kelab itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: