Bola Sepak

Keyakinan Harimau Kumbang meningkat


Pemain Penang FC meraikan jaringan Soony (tiga kanan). FOTO PENANG FC

Penyerang import baru Penang FC, Soony Saad bertekad mahu membantu menjadikan pasukan tersebut antara yang mampu memberikan cabaran kepada pasukan lain Di Liga Malaysia 2023.

Jelasnya, kejayaan menjulang Piala Harapan 2023 selepas menewaskan Selangor FC 2-1 pada pentas final membuktikan keserasian di kalangan semua pemain sudah semakin baik.

“Kemenangan malam tadi penting untuk menaikkan keyakinan kami dan hari ini anda dapat melihat bayangan bagaimana pasukan Penang akan bermain pada musim ini iaitu sukar untuk ditewaskan,” katanya seperti yang dipetik melalui portal HarimauMalaya.

Soony muncul wira Harimau Kumbang selepas menjaringkan dua jaringan pada minit ke-74 dan 88 bagi memadam kelebihan jaringan Mukhairi Ajmal pada separuh masa pertama Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada malam Sabtu.

Jelas penyerang tersebut, dua gol tersebut adalah usaha yang diberikan oleh semua pemain Penang FC Dan berharap keserasian tersebut mampu ditingkatkan lagi menjelang aksi sebenar.

”Saya berasa gembira apabila dapat menjaringkan dua gol pada perlawanan ini kerana pada perlawanan terdahulu saya gagal menjaringkan gol walaupun mempunyai banyak peluang, tapi itulah bola sepak. Ada kalanya hari saya dan ada kalanya bukan hari saya,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: