
Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kejutan apabila mengatasi Lokomotiv Moscow 1-0 dalam aksi persahabatan di Stadium The Sevens, Dubai, pada malam Khamis.
Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia dua tahun berturut-turut, Arif Aiman Hanapi mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol kemenangan tersebut.
Gandingannya bersama Bergson Da Silva, Fernando Forestieri bersama Muniz mengemudi jentera serangan dilihat semakin serasi.
Pemain berusia 21 tahun tersebut melakukan satu larian sebelum melepaskan rembatan untuk mengelirukan pemain lawan dari kelab Rusia itu.
Harimau mencatatkan tiga kemenangan dari empat aksi bagi perlawanan pra-musim 2023 di Dubai.
Pada aksi pertama mereka tumpas 2-0 kepada FC Rostov sebelum menewaskan kelab UAE, Fursan Hispania 3-0 dan mendahului 1-0 ketika menentang kelab Bulgaria, FC Levski Sofia sebelum perlawanan ditamatkan lebih awal akibat pergaduhan.
Mereka akan melengkapkan aksi pramusim akhir bertemu juara Liga Russia, FC Zenit St Petersburg pada 6 Februari sebelum pulang ke tanah air.
Add Comment