
Kedah Darul Aman (KDA) FC kini dalam perancangan untuk membina KDATV sebagai saluran rasmi kelab menyampaikan maklumat kepada para penyokongnya.
Pemilik Sang Kenari, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, perancangan itu adalah langkah awal kepada idea yang lebih besar.
“InsyaAllah, KDA FC akan bemula dengan langkah pertama ke arah membina KDATV sempena perlawanan pra-musim di Antayla, Turkiye sepanjang 5 hingga 15 Februari 2023.
“Saya sendiri pun tak sabar nak lihat mimpi KDATV menjadi realiti. Semua yang berlaku atas dunia pada asalnya adalah mustahil sehingga ia dilakukan oleh seseorang atau segolongan manusia.
“Sejak saya memilki KDA FC, saya mula banyak bermimpi dan berangan-angan. Angan-angan adalah hak setiap manusia untuk melakar dan melukis impiannya di dalam kotak minda atau di awan biru,” katanya seperti dipetik melalui Facebook rasminya.
Add Comment