Bola Sepak

Piala Harapan : Harimau Kumbang cakar Geylang


Penang FC menang besar ke atas Geylang United.

Aksi menarik dipamerkan oleh Penang FC pada perlawanan Piala Harapan 2023 apabila membelasah pasukan jemputan dari Singapura, Geylang United 4-0 pada malam Rabu.

Pasukan kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid ini memperolehi gol seawal minit ke-2 menerusi Azmeer Aris.

Gol tersebut nyata menyemarakkan semangat Penang FC untuk menambah dua gol lagi pada separuh masa pertama menerusi Rafael Vitor pada minit ke-28 dan Rahmat Makasuf pada minit ke-34.

Harimau Kumbang yang turut membawa masuk ramai muka baharu pada musim 2023 itu dilihat semakin serasi dan gol keempat mereka muncul pada minit ke-84 menerusi Gomes.

Penang FC akan bertemu pemenang di antara Kedah Darul Aman FC dan Selangor FC pada malam Khamis manakala penentuan final Piala Harapan 2023 diadakan pada Sabtu ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: