Bola Sepak

KJ ditawar jawatan CEO JDT FC?


TMJ memuatkan status di laman media sosial pada malam Sabtu.

Status pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memuatkan gambar baginda bersama Khairy Jamaluddin di laman media sosial menarik minat Bolasepak tanah air.

Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Tunku Ismail seakan memberi bayangan bahawa bekas Menteri Belia Dan Sukan (2013-2018) itu bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.

“Bakal CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) JDT dan penasihat belia Johor,” tulis Tunku Ismail.

Pemimpin muda yang baru sahaja dipecat keahliaan oleh UMNO pada malam Jumaat tidak dinafikan mempunyai bakat kepimpinan yang baik sewaktu bergelar Menteri sebelum ini.

Bekas Menteri Kesihatan pada penggal lalu Ini juga antara pemimpin yang mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) malam pernah bergelar Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2007.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: