Bola Sepak

“Tak boleh terima hakikat kelab kecil Asia dahului perlawanan”


Kesebelasan utama JDT FC pada aksi bertemu Sofia. FOTO JST

“Nombor 30 ludah ke muka Leandro dan sepak Leandro tetapi tiada kad. Dari situ mulanya permainan jadi lebih agresif.

“Mungkin mereka tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului 1-0 menentang kelab dari Eropah,” kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota Johor berkata demikian mengulas insiden aksi persahabatan menentang kelab Bulgaria, Levski Sofia yang ditamatkan awal pada minit ke-54.

Ulas baginda, pemai lawan telah membuat terjahan ke atas pemain JDT tetapi tiada kad kuning dilayangkan.

“Pemain JDT berdiri beberapa meter dari wall (benteng) pun kena kad kuning. Bagi saya pengadil dari Serbia gagal untuk mengawal permainan,” ujarnya.

Levski Sofia pula menerusi hantaran di laman Instagram mereka mendakwa JDT tidak mempunyai semangat kesukanan dan mereka mengambil keputusan untuk memboikot perlawanan itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: