Bola Sepak

Tukar pandangan tentang bolasepak Malaysia


Hamidin dan Hannah berbincang secara ringkas tentang perkembangan bolasepak negara. FOTO FAM

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bertukar input serta pandangan berkaitan sukan di Malaysia secara umumnya dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Pada sesi minum pagi berkenaan, kedua-duanya membincangkan secara ringkas namun terperinci mengenai bola sepak negara dan juga perkembangan terkini bola sepak wanita, futsal, bola sepak pantai serta pembangunan pengadil.

Pertemuan itu turut menekankan mengenai pembangunan akar umbi dan NFDP. 

Kata Hamidin , pertemuan itu bukan saja membincangkan hal-hal berkaitan bola sepak, malah turut bertukar input serta pandangan berkaitan sukan di Malaysia secara umumnya.

“YB Hannah bukan sahaja menunjukkan minat dalam bola sepak  tetapi nampak begitu meminati sukan secara keseluruhannya. Beliau ingin mengetahui segalanya tentang bola sepak dan sedikit sebanyak sudah saya terangkan kepada beliau,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d