
Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan Penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi sah bergelar pemain kelab tersebut yang bakal beraksi pada musim ini dalam saingan Liga Malaysia.
Bekas penjaga gol Negeri Sembilan FC itu baru sahaja tamat tugas tugasan bersama skuad negara apabila menamatkan saingan di peringkat separuh akhir Piala AFF 2022.
Penyertaan Syihan ke dalam keluarga Harimau Selatan dilihat memantapkan lagi pasukan tersebut terutamanya di posisi penjaga gol selain menjadi pilihan terbaik selain Farizal Marlias.
Penyokong JDT juga menyambut baik kehadiran pemain itu yang menyifatkan bakal bermain bunga api bersama kelab itu musim ini.
“Yeahhhhhh Syihan join kita main bunga api berjemaah….. Begitu syulit lupakan syihan apa lagi syihan baik. Habislah nanti aff tak dapat diturunkan,” kata Azri Azlan.
Bagi Fazzry Fazri, keputusan yang baik diambil oleh syihan kerana bagus untuk dirinya, JDT dan Harimau Malaya.
“Alhamdulillah Rezeki ko syihan..bukan TMJ pilih ko ke sana..tapi Allah yang izinkan,” kata Nur Riyana pula
Add Comment