Bola Sepak

Belajar daripada yang terbaik, ulas Menteri KBS tentang TMJ, JDT


Yeoh dibawa melawat meninjau fasiliti dan stadium yang dimiliki oleh JDT

Fasiliti yang dibangunkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kejayaannya dalam sukan Bolasepak di negara Ini melalui Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mampu menjadi rujukan kepada mana-mana pihak.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk belajar daripada mereka yang sudah terbukti dalam kalangan yang diceburinya.

“Saya tidak tahu tentang orang lain tetapi saya tidak ada masalah untuk mengatakan saya mahu belajar daripada yang terbaik.Saya tidak tahu apa perkataan yang sesuai untuk digunakan tetapi saya tidak ada masalah untuk mengatakan mari belajar daripada TMJ.

“Saya rasa semua orang tahu bagaimana rupa stadium di Johor, terutamanya dalam hal bola sepak,” katanya yang dipetik melalui News Straits Times.

Beliau berkata demikian membandingkan pengurusan Stadium Sultan Ibrahim di Johor dengan Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Menyentuh mengenai Tunku Ismail menaja RM1.4 juta untuk rumput Zeon Zoysia baharu di Stadium Nasional, yang akan menggantikan rumput sedia ada, Yeoh menyatakan akan mengumumkan apabila tiba masanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana menawarkan untuk membantu dengan rumput di Stadium Nasional, dan sewajarnya kerana ia adalah aset negara. Saya gembira kerana ramai orang mengambil berat mengenainya.

“Melangkah ke hadapan saya mahu memastikan bahawa apabila seseorang memberi kita sesuatu, dalam kes ini rumput, kita perlu memastikan kita mengekalkannya,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: