
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon bertanggungjawab di atas kekalahan skuad negara dengan aggregat 3-1 kepada Thailand pada separuh akhir Piala AFF 2022.
Menurutnya, pemain telahpun memberikan segala-galanya pada perlawanan tersebut dan berjuang sehingga ke wisel penamat.
“Saya tidak kesal kerana pemain telah berlari bermati-matian dan mengikut arahan saya membabitkan semua perkara.
“Semua taktikal, barisan pemain dan strategi adalah daripada saya, bukan pemain. Anda boleh salahkan saya dan bukan pemain,” katanya seperti yang dipetik melalui sebuah portal.
Thailand berjaya mara ke final dengan agregat 3-1 dan akan bertemu Vietnam di Hanoi, Jumaat ini sebelum beraksi di laman sendiri bagi final kedua pada Isnin depan.
Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking berkata, kekebalan benteng pasukannya berjaya mengekang Malaysia daripada memperolehi gol di laman mereka.
Menurutnya, pelawat juga gagal mendapat peluang terbaik untuk menjaringkan gol apabila Thailand bertahan dengan baik.
Add Comment