
Pengendali Thailand, Alexandre Polking mengakui jaringan kedua Malaysia yang dibatalkan pengadil, Kim Dae Yong sewaktu menentang pasukannya pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022, Sabtu lalu adalah ‘sah’.
Memetik laporan Berita Harian, Polking dilaporkan berkata, walaubagaimanapun insiden telah mengambil masa lama.
“Secara jujurnya, saya lihat jaringan kedua itu adalah gol. Tetapi insiden itu memakan masa lima minit.
“Kemudian kita dapat peluang menerusi Ekanit (Phaya), penjaga gol terbaring selama dua minit,” katanya mengulas insiden itu termasuk kewajaran tambahan masa yang lebih panjang selepas masa permainan banyak ‘terbuang’ dengan insiden di atas padang.
Ujarnya, Dengan pelbagai insiden berlaku dan penggantian pemain dilakukan, hanya lima minit masa tambahan diberikan.
“Bukan saya merungut tetapi kami mahu bermain dan saya bercakap demi bola sepak untuk kedua-dua pasukan,” katanya lagi.
Pada aksi pertama di Stadium Bukit Jalil, Malaysia menang tipis 1-0 hasil jaringan Faisal Halim selepas jaringan Dominic Tan dibatalkan oleh pengadil.
Pemain negara telah dikatakan mengasari pemain Thailand sekali gus menyaksikan skuad negara membawa bekalan satu gol ke Stadium Thammasat, malam esok.
Add Comment