Bola Sepak

Teruk ‘diserang’, Ryuji Sato mohon maaf


Kenyataan Sato di Instagramnya.

Pengadil dari Jepun, Ryuji Sato,45 yang membuat keputusan kontroversi dengan  memihak kepada Vietnam pada aksi Kumpulan B Piala AFF 2022 memohon maaf dan merayu kepada penyokong Malaysia agar beliau tidak ‘diserang’ lagi di media sosial.

Luahan tersebut dibuat oleh Sato di Instagramnya kerana  bukan sahaja ‘ diserang’ netizen Harimau Malaya tetapi juga dari Indonesia dan Thailand. 

“Saya menerima banyak DM (mesej) daripada peminat Malaysia mengenai keputusan saya malam semalam (kelmarin).

“Saya telah menerima panggilan daripada presiden Persa­tuan Pengadil FIFA dan mereka akan membuat keputusan me­ngenai prestasi saya dalam perlawanan tersebut.

“Saya mohon maaf kepada seluruh penyokong Malaysia, saya mohon jangan serang akaun peribadi Instagram saya, kerana saya ada keluarga yang baca semua komen buruk yang dilontarkan,” tulis Sato. 

Pada Selasa lalu, keputusan Sato telah menimbulkan kemarahan penyokong Harimau Malaya selepas melayangkan kad merah kepada pertahanan Malaysia, Azam Azmi Murad serta memberi sepakan penalti kepada Vietnam yang mana pasukan itu keluar sebagai pemenang dengan keputusan 3-0 di Hanoi.

Dalam kejadian tersebut, Azam dilihat ditolak oleh pemain lawan, Nguyen Van Hau menyebabkan kedua-dua pemain terjatuh di luar padang.

Tiada tindakan dikenakan ­ter­hadap Van Hau, sebaliknya Sato memberikan penalti kepada tuan rumah pada minit ke-62 kerana mendakwa Azam mengasari lawan yang berusaha untuk bangkit.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: