
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mahu anak buahnya melupakan segera kekalahan 3-0 kepada Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan B Piala AFF 2022 di Hanoi pada Selasa.
Menurutnya, fokus seterusnya adalah mempersiapkan diri dengan lebih baik dalam misi memburu slot ke separuh akhir.
Katanya lagi, Harimau Malaya perlu terus mempersiapkan diri bagi menghadapi aksi keempat bertemu Singapura pada 3 Januari Ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Kami perlu belajar dari pengajaran ini (tewas kepada Vietnam), terutama bagi pemain muda dan kami juga mendapat pengalaman yang baik.
“Kami perlu belajar mendapatkan sesuatu yang lebih baik dan kami perlu terus memandang ke depan.
“Saya fikir kami bermain dengan baik dan ia perlawanan yang bagus. Kami akan cuba melihat kembali kesilapan dan memperbetulkannya semula,” katanya.
Pada dua aksi lalu, Malaysia berjaya menewaskan Myanmar 0-1 dan Laos 5-0.
Add Comment