
Vietnam membuktikan pasukan tersebut perlu diberikan perhatian pada Kejohanan Piala AFF 2022 apabila menewaskan Malaysia 3-0 pada aksi Kumpulan B di Stadium My dinh, Hanoi pada malam Selasa.
Tuan rumah berjaya memperolehi gol seawal minit ke-29 menerusi T.L Nguyen apabila menanduk gol masuk untuk meletakkan pasukan itu di hadapan.
Naga Emas kemudiannya beraksi dengan 10 pemain selepas V. Nguyễn dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Malaysia pada minit ke-32.
Kelebihan yang dimiliki oleh Harimau Malaya itu gagal dimanfaaatkan untuk sekurang-kurang menyamakan kedudukan apabila turut bermain 10 pemain apabila Azam Azmi dilayangkan kad merah pada minit ke-62.
Kad itu dilayangkan oleh pengadil, Ryuji Sato kerana Azam mengasari pemain Vietnam di luar kotak penalti berhampiran gol Malaysia.
Kontroversi tersebut jelas memberikan sedikit tekanan kepada pemain negara apabila Vietnam turut dihadiahkan sepakan penalti dan peluang itu dimanfaaatkan oleh N. Quế untuk meletakkan pasukan itu di hadapan 2-0 pada minit ke-64.
H. Đ. Nguyen terus menutup ruang buat Malaysia untuk bangkit apabila meledakkan jaringan ketiga Vietnam pada minit ke-83 untuk menutup perlawanan dengan keputusan penuh dengan 3-0.
Add Comment