
Tugas sukar menanti Malaysia pada aksi ketiga Kumpulan B Piala AFF 2022 apabila bertemu Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa.
Walaubagaimanapun, Harimau Malaya tetap memasang impian untuk menewaskan gergasi Asia Tenggera tu dalam usaha mara lebih awal ke separuh akhir.
Kejayaan mengatasi Myanmar 0-1 dan Laos 5-0 pada dua aksi lalu menjadi suntikan motivasi kepada Malaysia untuk meneruskan momentum kemenangan.
Menurut Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon, beliau sudah mengkaji kelemahan dan kekuatan skuad rakan senegaranya itu, Park Hang Seo.
“Saya tidak akan mendedahkan perkara tersebut kepada media dan hanya disampaikan maklumat penting ini kepada para pemain sahaja.
“Dia (Hang Seo) seorang jurulatih sangat dihormati malah rakyat Korea Selatan juga menghormatinya. Beliau adalah jurulatih lebih senior dan menjadi satu penghormatan kepada saya untuk berdepan dengannya dan akan cuba mendapatkan keputusan terbaik,” katanya pada sidang media pada Isnin.
Pan Gon berharap anak buahnya dapat membuat kejutan dengan menewaskan pasukan terbaik ASEAN itu dalam usaha mara awal ke peringkat empat terbaik kejohanan.
Add Comment