Bola Sepak

Faisal mahu bantu Selangor jadi pasukan digeruni


Faisal Halim kini Merah Kuning. FOTO SELANGOR FC

Bintang sayap baharu Selangor FC, Faisal Halim mahu membantu kelab itu muncul antara yang digeruni di Liga Malaysia.

Menurutnya, beliau mahu menjadi watak penting dalam pasukan dan yakin mampu berikan yang terbaik untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan Selangor bagi musim 2023.

“Saya berjanji memberikan sehabis baik untuk menjadikan Selangor FC pasukan yang digeruni,” katanya dipetik melalui Facebook rasmi kelab tersebut.

Pemain kebangsaan itu antara tonggak yang dibawa masuk The Red Giant bagi saingan musim depan termasuk Ahmad Khuzaimie Piee dan V Ruventhiran.

Ketiga-tiga pemain Ini kini sedang membalas tugas negara bagi saingan Piala AFF 2022 dan meraih kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan B mengatasi Myanmar 0-1 hasil jaringan Faisal pada Rabu.

Selain itu tujuh lagi pemain Selangor turut memperkuatkan Harimau Malaya pada saingan Piala AFF 2022 iaitu Fazly Mazlan, Shahrul Nazeem, Quentin Cheng, Brendan Gan, Nor Hakim Hassan, Mukhairi Ajmal dan Alif Haikal.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: