Bola Sepak

Harimau Malaya perlu atasi Laos dengan jaringan besar


Kim Pan Gon (kiri) dan Brendan Gan pada sidang media pada Jumaat.

Harimau Malaya digesa memanfaatkan laman sendiri pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF 2022 bertemu Laos dengan sasaran mendapatkan banyak gol pada Sabtu di Stadium Bukit Jalil.

Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, beliau juga meletakkan sasaran untuk menang pada perlawanan Ini dan mahu semua pemain berusaha memastikan perkara tersebut menjadi realiti.

“Sasaran kita adalah untuk menang dan jika kita mahu berada di puncak kumpulan kita perlu kejar perbezaan gol juga kerana Vietnam sudah jaringkan enam gol dan kita baru jaringkan satu gol jadi kita ketika ini kurang lima gol,” katanya pada sidang media praperlawanan Malaysia bertemu Laos pada Jumaat.

Menurutnya, pasukan kejurulatihan kini sedang memberikan tumpuan kepada sesi pemulihan pemain selepas pulang dari Myanmar.

“Selepas pulang dari Myanmar, kami kini sedang fokus dengan sesi pemulihan dengan beberapa pemain mengalami kecederaan dan kami sudah menghantar kesemua pemain tersebut ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.

“Kami kini sedang menunggu laporan penuh daripada pegawai perubatan dan saya berharap semuanya akan okay,” ujar beliau.

Ditanya tentang keadaan pemain pertahanan, Khuzaimi Piee yang mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan awal semasa Harimau Malaya menang 0-1 ke atas Myanmar, Pan Gon menjelaskan mereka sedang menanti keputusan laporan perubaatan

Sebelum timbul keresahan di kalangan penyokong berhubung keadaan Khuzaimie berkemungkinan besar tidak dapat meneruskan kejohanan Piala AFF 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: