
Kejayaan penjaga gol Kebangsaan, Syihan Hazmi berjaya mengagalkan sepakan penalti pemain Myanmar pada penghujung perlawanan Kumpulan B Piala AFF 2022 menyaksikan Malaysia meraih kemenangan 0-1 di Stadium Thuwunna pada Rabu.
Harimau Malaya membuka aksi perlawanan kempen Kejohanan Asia Tenggara Ini dengan langkah walaupun dibarisi majoriti muka baharu.
Ketua pasukan, Faisal Halim membantu Malaysia menjaringkan gol tunggal untuk meraih tiga mata penting selepas menjaringkan gol pada minit ke-53.
Malaysia dijadualkan menentang Laos pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu sebelum bertandang ke Hanoi untuk perlawanan ketiga menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada 27 Disember Ini.
Pasukan kebangsaan akan menutup tirai peringkat kumpulan berdepan Singapura di laman sendiri pada 3 Januari depan.
Add Comment