
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat emas acara pecut pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, pada Sabtu.
Azizulhasni yang sinonim dengan gelaran The Pocket Rocketman menewaskan pelumba Kelab Berbasikal Blackburn, Sam Gallagher, dalam final di Pusat Sukan Antarabangsa Darebin.
Beliau yang turut meraih perak dalam acara keirin mengakui tidak menjangkakan mampu memberikan persembahan baik selepas menjalani pembedahan jantung pada April lalu.
Berdasarkan catatannya di Instagram, beliau mengakui terkejut dengan prestasi pencapaian yang diraih selepas tujuh bulan berada dalam tempoh pemulihan dan berehat sementara.
“Saya sangat terkejut kerana melakukan masa yang baik pada pusingan kelayakan.
“Saya berasa baik pada pusingan akhir, melakukan kayuhan biasa sahaja dan menang dengan selesa,” tulisnya.
Add Comment