Bola Sepak

JDT sapu sembilan anugerah ABK22


FOTO JST

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mmbuktikan pasukan itu berada pada reputasi tersendiri apabila meraih kemenangan dalam sembilan kategori dipertandingkan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22).

JDT dinobatkan selaku Pasukan Terbaik 2022 manakala Shahrul Saad dan Afiq Fazail dinamakan Pertahanan Terbaik dan Pemain Tengah Terbaik.

Pemain muda, Arif Aiman Hanapi pula merangkul tiga anugerah iaitu sebagai Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).

Bergson Da Silva dinamakan Penyerang Terbaik dan memenangi anugerah Kasut Emas hasil jaringan beliau dalam Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia manakala K.Daryl Sham pula muncul sebagai Penjaring Terbanyak Liga Premier.

Tujuh pemain iaitu La’Vere Corbin-Ong, Shahrul Saad, Arif Aiman, Shane Lowry, Leandro Velasquez, Afiq Fazail dan Bergson turut dinamakan dalam senarai Fans XI (Kesebelasan Terbaik).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading