Bola Sepak

Jentera serangan Malaysia terus tajam, tewaskan Maldives 3-0


Faisal (kiri) menyumbangkan satu gol membantu Malaysia tewaskan Maldives 3-0.

Kemenangan kedua berturut-turut Harimau Malaya pada aksi Antarabangsa Tier 1 memberikan suntikan motivasi bagi persiapan menghadapi Kejohanan Piala Mitsibishi Electric AFF 2022 bermula 21 Disember.

Kejayaan menewaskan Maldives pada malam Rabu sudahpun dijangkakan oleh peminat Malaysia dan keputusan 3-0 membuktikan jentera serangan skuad negara masih tetap tajam tanpa kehadiran tonggak utama.

Pada aksi persahabatan Antarabangsa Tier 1 sebelum ini skuad negara menjinakkan Kemboja 4-0.

Darren Lok terus menyumbang gol buat Harimau Malaya pada minit ke-24 untuk meletakkan skuad Kebangsaan di hadapan Maldives selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang pada awal permainan.

Kesungguhan Darren membuahkan hasil apabila memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan Maldives.

Kapten pasukan, Faisal Halim kemudiannya mula menjarakkan kedudukan kepada 2-0 selepas menerima hantaran menarik daripada Darren pada minit ke-63.

Lee Tuck yang dimasukkan pada lewat permainan membuktikan dirinya tetap mampu menyumbangkan gol apabila melakukannya pada minit ke-87 selepas menerima hantaran daripada Sergio Aguero untuk keputusan 3-0.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading