Bola Sepak

ABK22 : Faisal anggap saingan sukar hadapi Arif, Darren


Faisal (dua kiri) menjaringkan dua gol bantu Malaysia tewaskan Kemboja 4-0 pada aksi antarabangsa Tier 1 baru-baru ini.

Pemain sayap sensasi, Faisal Halim, 24 mendedikasikan anugerah Kategori Penyerang Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) kepada penyokong Terengganu FC jika terpilih sebagai pemenang pada musim ini.

Bagaimanapun beliau menganggap saingan tetap sukar apabila terpilih dalam tiga terbaik bersama Arif Aiman Mohd Hanapi dari Johor Darul Ta’zim dan Darren Lok dari Petaling Jaya City FC.

“Ini kali kedua saya disenarai pendek dan harap ada rezeki kali ini kerana saya mahu hadiahkan kepada penyokong Terengganu.

“Dua musim berada di sana, saya sentiasa mendapat kata-kata semangat dan diberikan dorongan daripada penyokong Terengganu, jadi ini sahaja cara untuk membalas sokongan mereka.

“Di atas kertas, saya sedar bukan mudah untuk menang kerana Arif dan Darren juga bukan sebarangan pemain kerana bermain dengan cukup baik pada musim ini,” katanya yang dipetik melalui Facebook Malaysia Football League.

Faisal yang terpilih sebagai salah satu daripada tiga Kapten Harimau Malaya dan kini bersama pasukan Kebangsaan bagi tugasan antarabangsa tetap gembira dengan pencapaian yang diraihnya dalam anugerah ABK22.

“Sesiapa sahaja yang menang, saya akan tetap gembira kerana berada dalam kalangan tiga terbaik sekali lagi, tetap satup engiktirafan terbesar,” katanya.

Pada perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja, Faisal berjaya meledakkan dua gol membantu Harimau Malaya menewaskan pasukan itu 4-0 dan kini dalam persiapan untuk menghadapi aksi Antarabangsa Tier 1 seterusnya menentang Maldives malam Selasa.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: