
Penampilan pertama Lee Tuck bersama skuad Kebangsaan Malaysia mendapat pujian penyokong atas kesungguhan membantu Harimau Malaya meraih kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada aksi Antarabangsa Tier 1 pada Jumaat.
Pemain tengah berusia 34 tahun itu juga berjaya menjaringkan satu gol pada aksi pertama bersama skuad kendalian Kim Pan Gon di Bukit Jalil.
Tonggak utama Sri Pahang FC itu berkata, Kejayaan tersebut adalah satu permulaan yang baik buat dirinya yang baru mendapat status sebagai pemain naturalisasi bersama kelab berkenaan.
“Ini satu permulaan yang sempurna bagi saya,” katanya.
Jelasnya, selepas 11 bulan tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif berikutan status sebagai pemain tempatan di Liga Malaysia masih dalam proses, kini dia masih dalam proses untuk mendapatkan rentak kembali bersama seorang lagi pemain naturalisasi Sri Pahang, Sergio Aguero.
Lee Tuck kini dalam persiapan menghadapi satu lagi perlawanan Antarabangsa Tier 1 bersama Malaysia bertemu Maldives pada Rabu.
Dua aksi perlawanan bertemu Kemboja dan Maldives menjadi medan persiapan buat Pan Gon mempersiapkan Harimau Malaya yang akan menyertai Kejohanan Piala AFF 2022.
Add Comment