
Juara lima kali, Brazil disingkirkan oleh Croatia menerusi penentuan penalti 2-4 selepas terikat 1-1 pada masa sebenar pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar, awal pagi Sabtu.
Neymar meletakkan pasukannya di hadapan selepas meledak gol pada separuh masa pertama masa tambahan namun Croatia menyamakan kedudukan menerusi Bruno Petkovic pada lewat babak permainan.
Kekalahan tersebut memeritkan buat pasukan piihan tersebut namun bagi segelintir penyokong yang menyayangi haiwan menganggap ia sebagai satu karma.
Pada sidang media praperlawanan antara Brazil dan Croatia sebelum ini, seorang pegawai media pasukan Brazil telah melempar seekor kucing yang naik dan duduk di atas meja semasa sidang media berlangsung dan mendapat kecaman netizen.
Bagi Kapten Brazil, Thiago Silva, kekalahan itu jelas memeritkan semua pemain namun terpaksa menerima hakikat disingkirkan oleh Croatia.
Add Comment