
Keputusan positif diraih oleh Malaysia pada aksi antarabangsa tier 1 apabila menang 4-0 ke atas Kemboja di Stadium Bukit Jalil pada malam Jumaat.
Kemenangan itu memberikan motivasi kepada kem Harimau Malaya terutamanya pengendalinya, Kim Pan Gon apabila mengabungkan ramai muka baharu pada aksi persahabatan ini.
Pada aksi tersebut ketua pasukan, Faisal Halim meledak dua gol masing-masing pada minit ke-11 dan 45.
Gol pertama Faisal terhasil menerusi satu sungkitan menarik menewaskan penjaga gol kemboja manakala gol kedua pula menerusi jaringan padang hasil larian derasnya.
Lee Tuck yang juga kali pertama mewakili Malaysia berjaya menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-38 yang juga gol ketiga pasukan negara selepas bermain hantaran pendek di dalam kotak penalti pasukan lawan.
Stuart Wilkin yang juga mendapat caps pertama Malaysia mencatatkan nama selaku penjaring gol pada minit ke-85 untuk kedudukan 4-0.
Skuad KPG seterusnya akan beraksi pada perlawanan kedua antarabangsa pada Rabu ini menentang Maldives sebagai persiapan menghadapi Piala AFF 2022.
Add Comment