
Pasukan Dari Afrika, Morocco terus mencipta kejutan pada Piala Dunia 2022 di Qatar apabila menyingkirkan bekas juara Eropah, Portugal pada Suku Akhir dengan keputusan 1-0 sebentar tadi.
En-Nesyri muncul wira negara Islam ITU apabila menjaringkan gol pada minit ke-42 untuk membantu pasukan mara ke Separuh Akhir Piala Dunia.
Pada pengunjung perlawanan, Marocco beraksi dengan 10 pemain selepas Cheddira dilayangkan kad merah berikutan mengutip kad kuning kedua namun mereka berjaya mempertahankan keputusan itu sehingga ke wisel penamat.
Kejayaan Ini adalah kejutan berterusan dari Morocco kerana sebelum Ini mereka turut menyingkirkan Sepanyol pada pusingan 16 apabila menang sepakan penalti 3-0 selepas terikat tanpa jaringan pada masa sebenar.
Kemenangan itu tular di kalangan peminat bolasepak apabila sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter iaitu menggunakan nama @IlmFeed menyaksikan pasukan Morocco berkumpul di tengah padang membacakan surah Al-Fatihah beramai-ramai sebelum mengambil sepakan penalti.
Mereka juga cemerlang di peringkat Kumpulan apabila muncul juara Kumpulan F apabila mencatatkan dua menang dan satu seri.
Add Comment