Bola Sepak

Baca Al-Fatihah sebelum ambil penalti, Morocco tewaskan Sepanyol


PASUKAN morocco membuat bulatan dan membaca surah Al-Fatihah sebelum mengambil sepakan penalti.

Sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter iaitu menggunakan nama @IlmFeed menyaksikan pasukan Morocco berkumpul di tengah padang membacakan surah Al-Fatihah beramai-ramai  sebelum mengambil sepakan penalti berdepan Sepanyol tular pada Rabu.


Melalui video tersebut kelihatan pemain termasuk pengurus pasukan dan jurulatih mebuat bulatan sebelum sama-sama membaca surah Al-Fatihah. 


Morocco mencipta kejutan menundukkan gergasi bolasepak Sepanyol dengan jaringan 3-0 menerusi sepakan penalti penentuan selepas terikat tanpa jaringan pada masa sebenar.


Kemenangan itu menyaksikan Morocco mara ke suku akhir untuk bertemu Portugal selepas ini.

Skuad kebangsaan Morocco.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: