Bola Sepak

Legenda bola Sepak Hashim Mustapha meninggal dunia


Allahyarham Hashim Mustapha. FOTO MFL

Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha, 57 meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada malam Selasa.

Menantunya, Mohd Nizab Ayub berkata, bapa mentuanya itu menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga meninggal dunia pada jam 10.25 malam.

Urusan pengebumian akan dilakukan pada Rabu, kata Mohd Nizab seperti dipetik melalui portal Sinar Harian.

Sabtu lalu, Hashim yang dikejarkan ke HUSM terpaksa ditidurkan oleh doktor akibat masalah komplikasi kecing manis.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: