Bola Sepak

Baddrol beri ‘hint’ destinasi pasukannya musim 2023


Aksi Baddrol bersama Sabah FC pada separuh akhir Piala Malaysia 2022 menentang JDT.

Harapan penyokong Kedah Darul Aman FC untuk melihat bekas ketua pasukannya, Baddrol Bakhtiar yang kini bersama Sabah FC pulang ke pangkuan pasukan itu musim depan kelihatan tipis.

Pemain berusia 34 tahun terbaru memberi bayangan akan kekal di Sabah FC menerusi satu entri baharu di laman Instagramnya pada Jumaat.

Satu video yang disertakan kapsyen berbunyi, “Thank you 2022, we recharge and come back stronger 2023 SABAH FC” menarik perhatian penyokong setia The Rhinos.

Sabah FC dilihat berusaha untuk mengekalkan pemain-pemain utama bagi menghadapi saingan Liga Super 2023 yang dilihat bakal lebih mencabar.

Kejayaan Sabah FC layak ke pentas Piala AFC 2023 juga pastinya menarik minat Baddrol untuk terus kekal bersama skuad Datuk Ong Kim Swee susulan kekalahan Selangor FC kepada Johor Darul Ta’zim 2-1 pada final Piala Malaysia 2022 pada malam Sabtu

Kejayaan JDT itu menyaksikan slot Piala AFC 2023 diberikan kepada Sabah FC yang berada di tangga ketiga Liga Super 2022 selepas Harimau Selatan sudahpun meraih slot Piala ACL 2023 selepas muncul juara Liga Super 2022.

Satu lagi slot Piala AFC 2023 menjadi milik Terengganu FC yang menjadi naib juara Liga Super 2022 selepas Piala FA 2022 turut menjadi milik JDT.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: