Bola Sepak

“Tekanan darah rendah, jantungnya juga laju”


Hashim semasa menerima kunjungan penyokong dan peminatnya baru-baru ini. FOTO PEMINAT BOLASEPAK KELANTAN

Keluarga legenda bolasepak Malaysia Dan Kelantan era 90-an, Hashim Mustapha memohon orang ramai mendoakan kesembuhannya yang kini ditidurkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat keadaan jantung tidak stabil pada pagi Sabtu.

Isterinya, Zaheran Hussien, 52, berkata, suaminya dimasukkan ke hospital tengah hari Jumaat kerana lemah disebabkan demam sejak beberapa hari lalu serta tiada selera makan.

“Sebelum itu kami sudah membuat pemeriksaan tekanan darah di rumah dan bacaannya sangat rendah dan kami bergegas membawanya ke hospital.

“Suami dirawat di Zon Merah dan jam 5 pagi tadi. Dia terpaksa ditidurkan kerana tekanan darah semakin rendah dan jantungnya juga menjadi laju. Malah ubat yang diberikan juga tidak berupaya menjadikan keadaannya stabil,” katanya ketika dipetik menerusi laporan Berita Harian.

Jelas Zaheran, dia tidak menolak kemungkinan keadaan itu mungkin disebabkan jangkitan kuman daripada luka kaki kanannya yang cedera disebabkan insiden jatuh motor sebelum bulan lalu.

Menurutnya, doktor memberitahu pihaknya sudah melakukan yang terbaik dan meminta agar semua yang mengenali suaminya mendoakan yang terbaik.

“Keadaannya semakin lemah dan saya harap semua yang mengenali suami, doakan yang terbaik dan semoga ada keajaiban buatnya,” katanya.

Hashim menghidap penyakit kencing manis sudah menjalani pembedahan memotong kaki kiri pada 27 Oktober lalu.

Hashim dinobatkan penjaring terbanyak dan memenangi anugerah kasut emas pada era 90-an dalam saingan Liga Malaysia selain turut mewakili negara pada waktu itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: