
Johor Darul Ta’zim (JDT) melengkapkan musim gemilang 2022 apabila menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Selangor FC 2-1 pada pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Sabtu.
Piala Malaysia adalah piala keempat diraih oleh Harimau Selatan musim 2022 selepas membawa pulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Liga Super.
The Red Giant terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-44 selepas Caoin meledakkan jaringan menerusi sepakan penalti selepas dia dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Matthew Davies.
Namun kegembiraan penyokong Selangor FC tidak berpanjangan apabila Bergson Da Silva menjaringkan gol pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas menyempurnakan hantaran Arif Aiman Hanafi melalui sepakan sudut.
JDT berjaya mengikat Selangor 1-1 sebelum wisel rehat masa pertama ditiupkan oleh pengadil.
Pada separuh masa pertama, Harimau Selatan mula menguasai perlawanan dan mereka berjaya berada di hadapan 2-1 pada minit ke-58 menerusi Fernando Forestieri.
Jaringan tersebut berpunca daripada serangan balas yang dimulakan oleh Bergson sebelum percubaannya dinafikan oleh pertahanan Selangor dan bola yang tertampan disambar oleh Forestieri sebelum dia merembat bola ke penjuru pintu gol lawan.
The Red Giant cuba bangkit memburu gol penyamaan namun keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat.
Add Comment