Bola Sepak

Bidoglio idam piala keempat, Cheng hoe yakin semangat pemain


Dari kiri Farizal Marlias, Hector Bidoglio, Tan Cheng Hoe dan Shahrul Nazeem

Johor Darul Ta’zim (JDT) menyasarkan untuk menang final Piala Malaysia 2022 pada malam Sabtu sekaligus melengkapkan kejayaan meraih piala keempat pasukan tersebut pada tahun ini.

Ketua Jurulatihnya, Hector Bidoglio berkata, kejayaan menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super akan lebih sempurna jika berjaya menjulang Piala Malaysia pada tahun 2022.

Menurutnya, kejayaan mara ke pentas final Piala Malaysia 2022 perlu dimanfaatkan sebaik mungkin malah bertemu Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil juga sudah tentu bukan satu tugasan yang mudah untuk dilaksanakan.

“Perlawanan esok dijangka sukar dan untuk sampai di sini adalah amat sukar tetapi pemain kami dalam keadaan baik, mereka sangat gembira kerana kami bermain satu lagi final. Piala Malaysia ini adalah amat penting buat JDT.

“Selangor adalah pasukan yang sangat kuat, kukuh dalam pertahanan dan sangat bagus dalam taktikal menyebabkan mereka menjaring tiga gol dalam separuh akhir pertama ketika menentang Terengganu FC,” katanya pada sidang media pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe berkata, semangat juang tinggi menjadi bekalan Th Red Giant meneruskan momentum tersebut di pentas final berdepan Harimau Selatan.

“JDT tahun ini telah pun menang banyak piala, cukup konsisten dalam Liga Malaysia namun, saya percaya setiap pemain Selangor mengambil akan mengambil tanggungjawab dengan memberikan sepenuh tumpuan dan berdisiplin.

“JDT diakui lawan memiliki kekuatan terutamanya di bahagian serangan dan pertahanan. Pemain seperti Bergson da Silva dan Fernando Forestieri, memang kuat dan pertahanan mereka juga memang cukup kental untuk menghalang Selangor daripada menjaringkan gol namun, apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan akhir,” ujar Cheng Hoe.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading