
Petaling Jaya – Kini Kelab Seri Selangor mula menjadi tumpuan para peminat golf tanah air, apabila seramai 135 pemain golf profesional dan amatur memulakan cabaran pada 23 sehingga 26 November 2022.
Sandaran pemain Malaysia Sharifuddin Ariffin dan Paul San yang masing-masing berada di kedudukan ke-7 dan ke-9, mahu memanfaatkan peluang bermain di negara sendiri untuk berjaya ke Jelajah Asia 2023. Turut berpeluang untuk mara ke 10 teratas ialah Ervin Chang, yang menduduki tempat ke-15
Jelajah Pembangunan Asia (ADT) tajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu menawarkan hadiah keseluruhan AS$150,000 (RM687,000).
Dato’ Menteri Besar berkata peluang menganjurkan kejohanan sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-77 dimanfaatkan selepas “Pandemik Covid-19 pada 2020 hingga 2021 menghalang kita daripada menganjurkan sebarang acara golf profesional seumpama ini.

Menurutnya lagi, golf memainkan peranan penting dalam usaha berterusan negeri tersebut dalam memacukan ekonomi pelancongan sukan dan berharap dapat menjadi tuan rumah lagi buat Kejohanan Sea Masters dalam Jelajah Asia pula.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau turut meletak harapan terhadap pemain profesional negara untuk melakar kejayaan pada kejohanan tersebut.
Ini juga merupakan cabaran kepada pemain Malaysia untuk merebut peluang memperbaiki kedudukan Order of Merit termasuk juga Ben Leong yang menduduki tempat ke-50 dalam Order of Merit Jelajah Asia, Galven Green, Khor Kheng Hwai, Danny Chia, Airil Rizman dan veteran M. Ramayah.
Add Comment