Golf Lain-Lain

Crest Link mahu lahir ramai juara muda pada masa hadapan


Peserta yang menyertai The Future Champ.

Jenama golf terkenal Malaysia, Crest Link komited mewujudkan minat di kalangan pemain golf muda untuk terlibat dalam bidang sukan ini melalui pertandingan Golf Junior, The Future Champ yang kategori junior telah diadakan di lapangan yang tidak asing lagi iaitu Glenmarie Golf & Country Club Shah Alam.

Raymond Yee, pengarah urusan Crest Link menyatakan bahawa jenama ini akan terus menyokong semua pemain muda bersama Persatuan Golf Malaysia (MGA) untuk mencipta lebih ramai juara muda pada masa hadapan. 

Menurutnya, jenama tempatan ini akan sentiasa berusaha untuk memberikan kualiti pakaian yang terbaik dan sesuai dengan semua pemain golf.

“Sambutan penyertaan amat menggalakkan. Ramai pemain-pemain muda tampil beraksi untuk mengasah bakat dan menimba pengalaman. Kejohanan ini pastinya akan menjadi pentas untuk mewujudkan peluang sukan yang banyak bagi golongan belia.

“Kami juga engorak langkah untuk lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Ia juga menjadi platform untuk mewujudkan minat di kalangan pemain golf muda untuk terlibat dalam bidang sukan ini,” katanya.

Yee berkata lagi, Crest Link sekali lagi telah menaikkan jenama mereka dengan matlamat untuk mencipta lebih ramai juara muda masa depan. 

Jelasnya, misi mereka adalah untuk menyediakan pakaian unik dan berkualiti tinggi yang menggabungkan fungsi dan daya tarikan estetik telah menjadi kenyataan apabila produk mereka mendapat sambutan pelanggan dari seluruh dunia. 

“Hari ini, jenama Malaysia ini melancarkan produk baharu iaitu Junior Collection kerana melihat potensi dalam pemain golf muda. Jenama itu secara rasminya muncul dengan pelancaran awal di Glenmarie Golf & Country Club Malaysia, diikuti oleh Singapura, Australia dan negara-negara Asia lain kemudian,” kata beliau lagi.

Tambahnya, Crest Link Junior Series lebih memfokuskan kepada penampilan bergaya dan fabrik unggul yang akan memberikan keselesaan kepada pemakainya. 

“Crest Link menggunakan teknologi Feather-Lite yang direka khas untuk sentiasa berasa ringan apabila dipakai dengan penyerapan lembapan optimum memastikan keselesaan yang lebih lancar pada setiap masa. 

“Mereka juga menggunakan teknologi Micro-Dri untuk semua pakaian Crest Link Performance yang diperbuat daripada microfibre yang direka khusus untuk prestasi,” jelasnya.

Dibawah adalah keputusan juara setiap kategori

Kategori D (permpuan) – Jane Sim (HCP 28) – Score 45

Kategori D (lelaki) – Chung King Loong (HCP 13) – Score 40

Kategori C (permpuan) – Deepika Ganesan (HCP 19) – Score 79

Kategori C (lelaki) – Azka Azfar Saiful Azhari (HCP 10) – Score 83

Kategori B (permpuan) – Nur Batrisyia Balqis (HCP 10) – Score 75

Kategori B (lelaki) – Andrew Yap Yung Cheng (HCP 6) – Score 70

Kategori A (permpuan) – Sohniya Chandra Mohan (HCP 5) – Score 76

Kategori A (Lelaki) – Aiden Kei Ahmad Shaharuddin (HCP 2) – Score 77

Piala Pusingan – Juara keseluruhan- Aiden Kei Ahmad Shaharuddin


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: