Lain-Lain

Origina Rakan Rasmi Minuman Jus dan Susu Liga Malaysia


Origina penaja baharu Liga Malaysia. FOTO MFL

Kerancakkan Liga Malaysia menyaksikan sebuah syarikat minuman, Origina kini menjadi penaja baharu Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023 selepas menandatangani perjanjian hari ini.

Presiden Malaysian Football League (MFL) , Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, Origina merupakan sebuah syarikat tempatan yang kini berkembang pesat sejak ditubuhkan pada 2013 dan bakal dikenali sebagai Rakan Rasmi Minuman Jus dan Susu Liga Malaysia.

Menurutnya, kedatangan Origina sebagai salah satu lagi penaja Liga Malaysia telah membuktikan ekonomi bola sepak domestik semakin rancak selaras dengan populariti Liga Malaysia.

Beliau optimis kehadiran Origina bukan sahaja mampu memberikan pendedahan baik sebaliknya Rakan Rasmi Minuman Jus dan Susu Liga Malaysia itu mampu menyerikan lagi suasana bola sepak negara khususnya saingan TM Piala Malaysia yang akan bermula pada 26 Oktober 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: