Bola Sepak

Selangor berentap JDT di final Piala Malaysia


Caion dikawal ketat oleh pertahanan Terengganu FC. FOTO MFL

Tan Cheng Hoe berjaya membawa Selangor ke final Piala Malaysia 2022 untuk bertemu JDT di Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Biarpun tewas 1-0 kepada Terengganu pada separuh akhir kedua di Kuala Terengganu pada malam Isnin, namun The Red Giant tetap ke pentas akhir dengan agregat 3-2.

Pada perlawanan tersebut, Ketua Pasukan Terengganu, Tchetche Kipre meletakan tuan rumah 1-0 di hadapan pada minit ke-36 selepas menguis masuk hantaran Faisal Halim yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti lawan.

Gol tersebut jelas meningkatkan motivasi Sang Penyu untuk terus memburu jaringan dan berjaya melakukannya pada minit ke-56 menerusi Kipre namn jaringan dibatalkan kerana off-said.

Asakan demi asakan dilakukan oleh Terengganu sehingga menyaksikan pemain Selangor bertahan di kubu mereka dan pemainnya, Yazan dilayangkan dua kad kuning (merah) kerana menarik Kipre yang sedang melancarkan serangan ke kubu pasukan pelawat pada minit ke-87.

Bagaimanapun, Sang Penyu gagal mengambil kesempatan ke atas The Red Giant yang beraksi dengan 10 pemain dan keputusan 1-0 kekal hingga ke wisel penamat.

Pada aksi separuh akhir pertama di Petaling Jaya, Selangor cemerlang dengan keputusan 3-1.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: