Bola Sepak

Tiga tandukan berbisa Selangor benam Terengganu 3-1


Selangor bawa bekalan dua gol ke Terengganu pada Isnin depan.

Rekod Selangor di bawah kendalian Tan Cheng Hoe yang belum tewas diteruskan dengan kejayaan menewaskan Terengganu FC 3-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2022 di Stadium MBPJ pada malam Rabu.

The Red Giant lega apabila membawa bekalan dua gol untuk berkunjung ke Kuala Terengganu pada aksi separuh akhir kedua pada Isnin depan.

Pada aksi tersebut, skuad Nafuzi Zain terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-19 hasil sepakan percuma yang diambil oleh Tchetche Kipre untuk meletakkan TFC di hadapan 0-1.

Terkejut dengan jaringan tersebut, selangor kembali menyusun dan mengimbangi permainan Sang Penyu yang melancarkan serangan bertali arus ke kubunya.

Richmond Ankrah berjaya membantu Selangor untuk mengikat pelawat 1-1 pada minit ke-37 selepas menanduk masuk sepakan sudut oleh Mukhairi Ajmal Mahadi bagi meningkatkan kembali semangat The Red Giant.

Jaringan tersebut jelas meningkatkan motivasi tuan rumah untuk terus memburu gol dan mereka memperolehi gol kedua pada minit ke-43 menerusi Herlison Caoin juga menerusi tandukan dengan memanfaatkab sepakan penjuru Mukhairi Ajmal untuk kedudukan 2-1 sebelum tamat separuh masa pertama.

Skuad Tan Cheng Hoe melengkapkan malam gemilang mereka menerusi tandukan Sharul Nazeem Zulpakar pada minit ke-54 untuk kedudukan 3-1 selepas memafaatkan sepakan sudut oleh Mukhairi Ajmal.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: