Bola Sepak

JDT menang tipis di Likas


Ariff Aiman jaring gol tunggal buat JDT di Likas. FOTO JST

Johor Darul Tazim (JDT) menang tipis 0-1 ke atas Sabah pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia 2022 di Stadium Likas pada malam Selasa.

Jaringan Ariff Aiman Hanapi pada minit ke- 34 memecah kebuntuan pasukan tersebut selepas beberapa percubaan berjaya dinafikan The Rhinos.

Penyerang Harimau Selatan itu menjaringkan selepas mengelecek beberapa pemain Sabah sebelum melepaskan sepakan padu untuk menewaskan Damien Lim dari luar kotak penalti bagi kedudukan 0-1.

JDT berpeluang menambah satu lagi gol pada minit ke-58 selepas Bergson dijatuhkan di dalam kotak penalti namun sepakan pemain tersebut berjaya diselamatkan oleh Damien.

20 minit menuju penghujung perlawanan JDT beraksi 10 perlawanan selepas Feroz Baharuddin dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Saddil Ramdani.

Kelebihan tersebut gagal dimanfaatkan oleh Sabah walaupun berjaya mengasak kubu JDT namun keputusan 0-1 kekal hingga wisel penamat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: