Bola Sepak

JDT belasah Kelantan agregat 8-0 ke separuh akhir


Bergson (duduk) diraikan oleh rakan-rakannya. FOTO MFL

Bergson Da Silva muncul wira JDT apabila meledak hatrik untuk membantu pasukannya menewaskan Kelantan FC 5-0 pada aksi kedua Suku Akhir Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Ibrahim pada malam Jumaat.

Penyerang import Dari Brazil itu menjaringkan gol pada minit ke-12, 35, dan 37.

Dua lagi gol dihasilkan menerusi Syahmi Safari pada minit ke-40 dan Nazmi Faiz pada minit ke- 46.

Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Selatan muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2022 dengan agregat 8-0 selepas mereka turut mencatatkan kemenangan 0-3 di Kota Baharu pada aksi pertama suku akhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: