
Petaling Jaya City FC (PJ City) terbuka kepada mana-mana pihak untuk mengambil alih pasukan tersebut kerana pihak pengurusan itu telah memiliki perancangan lain pada musim hadapan.
Presiden Kelab PJ City, Dato’ Sri Subahan Kamal pada Jumaat menjelaskan kelab itu juga mengesahkan tidak mengambil bahagian dalam bola sepak Malaysia pada tahun 2023.
Menurutnya, kelab tersebut tidak mempunyai masalah kewangan kerana telah lama terlibat dalam industri sukan sejak sekian lama.
“Penambahan pemain import pada misim depan merumitkan lagi keadaan terutamanya buat PJ City yang turun secara sepenuhnya bergantung kepada kudrat pemain tempatan.
“Namun selama ini pihak pengurusan kelab amat berasa bangga kerana dapat memberi sumbangan apabila beberapa pemain kini mendapat tempat di dalam pasukan kebangsaan,” katanya melalui satu kenyataan.
Jelas Subahan, Qnet akan terus menyumbang dalam pembangunan bola sepak Malaysia sambil mengambil kira perjalanan kelab tersebut selepas ini.
Add Comment