
Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) telah menolak permohonan rayuan kelab Liga Super Melaka United FC (MUFC) dan Sarawak United FC (SUFC) untuk memohon Lesen Kebangsaan selepas satu mesyarat diadakan.
Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL, Mohamad Yasin Abdullah berkata, Keputusan itu diumumkan kepada pasukan pada hari ini oleh beliau sendiri.
Menurutnya, keputusan ini menyaksikan MUFC dan SUFC tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super 2023.
“AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022.
“Perkara ini selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Add Comment