
Tonggak Terengganu FC, Faisal Halim mengakui kecewa dengan pengurusan pasukan tersebut yang disifatkan sebagai lambat membuat keputusan bagi membentuk pasukan pada musim hadapan.
Menurutnya, amat mengecewakan juga jika dirinya tidak lagi bersama Sang Penyu pada 2023 selepas membantu pasukan itu layak automatik ke pentas Piala AFC.
“Apa yang saya boleh katakan ini semua keputusan daripada pihak pengurusan Terengganu.
“Sebulan sebelum tamat kontrak baru nak buat keputusan, ini tak masuk akal bagi saya. Jujur saya cakap, saya sangat kecewa!,” katanya selepas ditemui selepas tamat perlawanan Piala Malaysia pusingan 16 antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC di Kuantan.
Sang Penyu menang bergaya dengan keputusan 1-5 pada aksi pertama itu sebelum aksi kedua di Kuala Terengganu.
Walaubagaimanapun fokus pemain berusia 24 tahun itu masih lagi jauh membantu Terengganu FC untuk mara jauh dalam pentas Piala Malaysia bagi musim 2022.
Prestasi pasukan kendalian Nafuzi Zain ini berada pada tahap cemerlang apabila muncul Naib Juara Piala FA 2022, Naib Juara Liga Super 2022 dan kini fokus melakukan kejutan di pentas Piala Malaysia 2022 pula.
Add Comment