
Naib Juara Liga Super 2022, Terengganu FC membuktikan pasukan tersebut perlu diberikan perhatian apabila berjaya menundukkan Sri Pahang FC 1-5 pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2022 di Stadium Darul Makmur pada malam Khamis.
Kpah Sherman muncul wira pasukan tersebut apabila melakarkan hatrik pada minit ke-1, 52 dan 91.
Dua lagi gol muncul menerusi Nik Sharif pada minit ke-4 dan Faisal Halim pada minit ke-49 untuk membantu Sang Penyu membawa bekalan empat gol ke Kuala Terengganu bagi aksi timbal balik kedua.
Dua gol awal yang diperolehi oleh TFC jelas mengejutkan lebih 19,000 penyokong yang memenuhi stadium dan Tok Gajah cuba bangkit menerusi jaringan Steven Rodriguez pada minit ke-43.
Bagaimanapun jaringan tunggal tersebut gagal menyekat gol demi gol yang dijaringkan oleh Terengganu FC yang muncul antara pasukan yang bakal beraksi di pentas Piala AFC pada musim hadapan.
Sementara itu, penyandang Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan pasukan Liga Premier, PDRM FC 0-3 pada aksi pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Romel Morales menjaringkan dua gol pada minit ke-47 dan 79 manakala satu lagi menerusi Paulo Josue pada minit ke-67.
Add Comment